pada hari ini awal pagi semua guru termasuk kami berdua serta murid-murid tahap 2 berkumpul disurau dan kantin untuk mendengar tazkirah ramadhan yang disampaikan oleh ustaz....kami juga membaca yassin beramai-ramai...selepas tamat aktiviti pada pagi itu kami meneruskan tugasan kami dimakmal komputer sekolah. pada jam lebih kurang 945 pagi pensyarah kesayangan kami Pn Hjh Azizah datang untuk Pra penyeliaan. Kami telah duduk bersama-sama berbincang dengan guru besar tentang penyeliaan yang hendak dibuat.Guru Besar telah menerangkan bahawa pihak sekolah telah meminta kami untuk menyediakan satu profil sekolah dalam bentuk sofware dan membantu setiausaha peperiksaan menyiapkan maklumat Qnet yang diminta oleh pihak JPM. Kami juga masih mengumpul bahan untuk menyiapkan profil sekolah.pada hari ini juga kami dapati bahawa kemudahan ICT boleh dikategorikan dalam keadaan baik. contohnya diperpustakaan sistem yang digunakan adalah memudahkan pengurusan pusat sumber untuk menyelia dan menguruskan buku-buku dan aktiviti peminjaman buku. pada keseluruhannya minggu ini kami hanya penuhi dengan tugasan yang diberikan oleh pihak sekolah.
Sunday, September 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 Comments:
teruskan menulis.
kalau kelapangan, post jugaklah isu2 lain selain refleksi praktikum.
teruskan menulis. awat tak tulis dah.. jom tulis sambil mendengar lgu raya..
Post a Comment