Thursday, September 11, 2008

hari keempat yang ceria

hari ni kami duduk di Makmal Komputer SKBSM. Makmal Komputer ini adalah dari Fasa 1...susunan aturnya seperti pulau iaitu dalam bulatan. keadaan makmal ini teratur dari semua segi..kekemasan dan keadaan komputer juga baik. bilik server juga dijaga dengan baik. saya dapati didalam bilik stor terdapat longgokan komputer yang tidak digunakan lagi. komputer-komputer ini telah dihurung dgn anai-anai dan semut. penggunaan makmal ini adalah secara meluas. murid-murid diberi peluang untuk menggunakannya ini berdasarkan buku log catatan murid di setiap komputer. pada pandangan saya murid-murid amat berminat dengan ict jadi guru-guru disekolah ini patut memberi peluang kepada murid-murid untuk mendalaminya. hari ini kami meneruskan tugasan yang diberi iaitu menyediakan profil sekolah dengan menggunakan program exe seperti yang di sarankan oleh en Azman pensyarah kami. hari ini juga kami dapat bermesra dengan GB sewaktu menunggu murid tahn 6 habis kertas terakhir mereka. Gb memberi komen tentang telatah murid sekolah rendah yang sukar dikawal. bagi saya mereka lah org yang paling mudah dibentuk dengan disiplin yang memerlukan kesabaran. jgn terlalu keras tetapi tegas dan lembut. mereka ibarat kain putih yang bersih dan kite yang mencorakkan disiplin mereka.saya menggunakan pengalaman saya selama 6 tahun menjadi guru tahun 1 untuk mendekati mereka.
roziana juga rasa murid sk rendah ini susah untuk di kawal tapi saya memberi dia sedikit tips iaitu tenang dan tegas serta lembut....sentuhan juga memainkan peranan.insyaallah murid akan dengar apa yang kita cakap.

1 Comment:

Ziana Saari said...

Terima kasih dengan tips yang diberikan.... jangan serik ya memberikan tunjuk ajar pada sy yg baru nak belajar jd guru sekolah rendah.

blogger templates 3 columns | Make Money Online