Wednesday, September 10, 2008

hari ketiga di sk Bendahara Seri Maharaja

  • hari ini kami masuk di kelas tahun 1 bijak. ada satu skrin yang di gantung didinding. ada 1 LCD projektor yang digantung tapi sudah penuh bersawang. rasanya tiada penjagaan yang rapi. langkah pertama saya bersihkan sawang tersebut. tapi tidak dapat mengujinya kerana murid sedang menjalani Ujian selaras.
  • rakan saya Roziana menghadapi kesukaran untuk mengawal kelas kerana beliau tidak biasa berhadapan dengan murid yang kecil.semua murid bertumpu padanya dan dia kelihatan rimas. saya terpaksa membantu menenangkan keadaan. dari situ saya dapati murid-murid ini memerlukan perhatian dan mereka memilih guru yang kelihatan baik seperti Roziana hehehe....tapi dia memang baik pun.saya yang biasa dengan telatah murid tahun 1 ini menggunakan ketegasan untuk mengawal mereka. pada mulanya mereka diam tapi lama kelamaan mereka tidak takut kerana saya mula bergurau dengan mereka.
  • kemudahan laptop amat mudah dianggar ada 8 laptop yang disimpan di bilik guru besar yang tidak digunakan. ada juga kelas yang dilengkapi dengan sistem audio yang dipasang didinding untuk kegunaan guru tetapi ianya kelihatan usang kerana tidak digunakan.
  • dari apa yang dilihat, kemudahan ict telah ada tetapi guru-guru kurang menggunakannya dan murid juga kurang pendedahan.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online