Sunday, September 14, 2008

hari ke lima di SKBSM

pada hari ini awal pagi semua guru termasuk kami berdua serta murid-murid tahap 2 berkumpul disurau dan kantin untuk mendengar tazkirah ramadhan yang disampaikan oleh ustaz....kami juga membaca yassin beramai-ramai...selepas tamat aktiviti pada pagi itu kami meneruskan tugasan kami dimakmal komputer sekolah. pada jam lebih kurang 945 pagi pensyarah kesayangan kami Pn Hjh Azizah datang untuk Pra penyeliaan. Kami telah duduk bersama-sama berbincang dengan guru besar tentang penyeliaan yang hendak dibuat.Guru Besar telah menerangkan bahawa pihak sekolah telah meminta kami untuk menyediakan satu profil sekolah dalam bentuk sofware dan membantu setiausaha peperiksaan menyiapkan maklumat Qnet yang diminta oleh pihak JPM. Kami juga masih mengumpul bahan untuk menyiapkan profil sekolah.pada hari ini juga kami dapati bahawa kemudahan ICT boleh dikategorikan dalam keadaan baik. contohnya diperpustakaan sistem yang digunakan adalah memudahkan pengurusan pusat sumber untuk menyelia dan menguruskan buku-buku dan aktiviti peminjaman buku. pada keseluruhannya minggu ini kami hanya penuhi dengan tugasan yang diberikan oleh pihak sekolah.

Thursday, September 11, 2008

hari keempat yang ceria

hari ni kami duduk di Makmal Komputer SKBSM. Makmal Komputer ini adalah dari Fasa 1...susunan aturnya seperti pulau iaitu dalam bulatan. keadaan makmal ini teratur dari semua segi..kekemasan dan keadaan komputer juga baik. bilik server juga dijaga dengan baik. saya dapati didalam bilik stor terdapat longgokan komputer yang tidak digunakan lagi. komputer-komputer ini telah dihurung dgn anai-anai dan semut. penggunaan makmal ini adalah secara meluas. murid-murid diberi peluang untuk menggunakannya ini berdasarkan buku log catatan murid di setiap komputer. pada pandangan saya murid-murid amat berminat dengan ict jadi guru-guru disekolah ini patut memberi peluang kepada murid-murid untuk mendalaminya. hari ini kami meneruskan tugasan yang diberi iaitu menyediakan profil sekolah dengan menggunakan program exe seperti yang di sarankan oleh en Azman pensyarah kami. hari ini juga kami dapat bermesra dengan GB sewaktu menunggu murid tahn 6 habis kertas terakhir mereka. Gb memberi komen tentang telatah murid sekolah rendah yang sukar dikawal. bagi saya mereka lah org yang paling mudah dibentuk dengan disiplin yang memerlukan kesabaran. jgn terlalu keras tetapi tegas dan lembut. mereka ibarat kain putih yang bersih dan kite yang mencorakkan disiplin mereka.saya menggunakan pengalaman saya selama 6 tahun menjadi guru tahun 1 untuk mendekati mereka.
roziana juga rasa murid sk rendah ini susah untuk di kawal tapi saya memberi dia sedikit tips iaitu tenang dan tegas serta lembut....sentuhan juga memainkan peranan.insyaallah murid akan dengar apa yang kita cakap.

Wednesday, September 10, 2008

hari ketiga di sk Bendahara Seri Maharaja

  • hari ini kami masuk di kelas tahun 1 bijak. ada satu skrin yang di gantung didinding. ada 1 LCD projektor yang digantung tapi sudah penuh bersawang. rasanya tiada penjagaan yang rapi. langkah pertama saya bersihkan sawang tersebut. tapi tidak dapat mengujinya kerana murid sedang menjalani Ujian selaras.
  • rakan saya Roziana menghadapi kesukaran untuk mengawal kelas kerana beliau tidak biasa berhadapan dengan murid yang kecil.semua murid bertumpu padanya dan dia kelihatan rimas. saya terpaksa membantu menenangkan keadaan. dari situ saya dapati murid-murid ini memerlukan perhatian dan mereka memilih guru yang kelihatan baik seperti Roziana hehehe....tapi dia memang baik pun.saya yang biasa dengan telatah murid tahun 1 ini menggunakan ketegasan untuk mengawal mereka. pada mulanya mereka diam tapi lama kelamaan mereka tidak takut kerana saya mula bergurau dengan mereka.
  • kemudahan laptop amat mudah dianggar ada 8 laptop yang disimpan di bilik guru besar yang tidak digunakan. ada juga kelas yang dilengkapi dengan sistem audio yang dipasang didinding untuk kegunaan guru tetapi ianya kelihatan usang kerana tidak digunakan.
  • dari apa yang dilihat, kemudahan ict telah ada tetapi guru-guru kurang menggunakannya dan murid juga kurang pendedahan.

Tuesday, September 9, 2008

hari pertama dan kedua di SKBSM,kg kandang

hari pertama jam 7 dah sampai kat depan sekolah. Nama sekolah Sekolah Kebangsaan Bendahara Sri Maharaja. Kedatangan pagi itu disambut oleh GPK Koku sekolah tersebut.Pagi itu juga kami menghadiri sesi perhimpunan rasmi SKBSM. Murid dan semua guru menghadiri sesi itu di tempat yang dinamakan laman himpun. satu perkara yang kurang menyenangkan bila guru-guru berbual sesama sendiri bila ada guru lain yang berucap didepan. keadaan ini boleh digambarkan seperti ketam mengajar anaknya berjalan.pada hari ini juga semua murid tahun 6 dipanggil untuk meminta restu dari semua guru sebelum menduduki peperiksaan.ini memberi pengajaran kepada murid-murid untuk menghargai apa yang telah diberikan. pada hari ini juga tugasan telah diberi kepada kami iaitu membuat satu persembahan dalam bentuk power point tentang profil sekolah bendahara sri maharaja.
hari ni hari kedua.kami mulakan tugasan dengan mengumpul maklumat tentang sekolah. ooh ya pagi tadi kami sama-sama menghadiri sesi taklimat dengan murid tahun 6 sebelum mereka menduduki peperiksaan UPSR.Jelas ketegangan dimuka mereka. guru-guru memberi semangat dan tidak ketinggalan ibu bapa yang hadir sama-sama memberi semangat untuk anak mereka.guru-guru juga merasa cemas kerana mereka juga mengharapkan kejayaan dari anak-anak didik.hari ini murid-murid tahap 1 bercuti dan esok mereka akan bersekolah semula. keceriaan jelas terbayang diwajah setiap murid tahun6 selepas selesai 3 kertas peperiksaan.harapan semoga ada kejayaan menanti mereka.

Thursday, September 4, 2008

SELAMAT DATANG KE BLOG KELIPKELIP

Salam perpaduan untuk semua.....buat encik azman....ini adalah blog yang diminta harap berpuashati...
buat teman-teman seperjuangan....jadikan pengalaman di IPPM ini satu kenangan dan pengalaman yang kita takan lupakan....especially bila kena wat keje yang datang macam peluru ni....

blogger templates 3 columns | Make Money Online